Lama rasanya tidak kucoretkan sesuatu disini....Hampir dua bulan...tika menjelang Ramadhan kemudian perginya syawal...Cepat sungguh masa berlalu....Setiap detik setiap saat meninggalkan kita tanpa sempat kita gapai akan pemergiannya....
Alhamdullilah....tanggal 7nov maka genaplah usia perkahwinanku 10tahun...Aku bersyukur kerna sepanjang jihadku menjadi seorg isteri, aku diduga dengan segala macam hal. Meruntun jiwa wanitaku, menggoncang istana imanku. Dek dugaan itulah, aku membesar menjadi seorg manusia yg cukup matang, sabar dalam mengharungi dugaan yg digariskan dalam setiap langkahku...Dahulu aku cukup takut suamiku pergi meninggalkanku..Aku cukup gentar akan enigma berkongsi suami... Aku cukup gerun pabila memikir kehancuran rumahtangga seperti yg pernah berlaku pada kedua ibu bapaku...Alhamdullilah...kini aku mengerti...Menyanyangi mengasihi tdk sama dgn memiliki..Aku terlalu sayangkan suamiku, aku hargai rumahtanggaku...aku nikmati kebahagian cahaya mataku...adakah bermakna mereka kepunyaan aku?
Ketika mula2 mendirikan rumahtangga aku sangka aku memiliki suami ku...Lantas masa berlalu aku belajar utk berkongsi suamiku dgn ibu bapanya kemudian adik beradik dan saudara mara ..Aku berkongsi suamiku dengan landasan jihadnya mencari rezeki , memupuk amalan dan ibadahnya malah aku turut berkongsi suamiku dgn masyarakat yg memerlukan bakti fardhu kifayahnya....Lantas aku sedar suamiku bukan milikku sepenuhnya...Lahir kedua2 cahaya mataku kedunia membuatkan aku faham apa itu kasih apa itu sayang....Sekali lagi aku berkongsi kasih sayang suamiku bersama anak2ku...
Adakah bermakna aku tdk memiliki suami ku lagi?
Sepanjang perkahwinan ini aku berdepan dengan berbagai adu domba nafsu dunia...Aku diduga dgn dugaan berat yg bisa membawa aku pada kemelaratan....Nauzubilla minzalik...Ketika itu aku sedar akan hakikat memiliki tdk sama dgn mengasihi...memiliki sesuatu tdk bermakna kita bahagia...Memiliki hanya pandangan nafsu manusia pada sesuatu yg dikasihinya..Aku sedar kasihku harus beralih pada level yg sepatutnya yakni mengasihi sepenuh jiwa dan raga tp tdk menuntut memiliki apa yg aku kasihi....
Aku redha dan aku mengerti kini...Aku tidak takut lagi jika suamiku jatuh cinta pada wanita lain malah mempunyai isteri selain dari aku...Aku mengerti mengapa disyariatkan lelaki bisa punya isteri seramai 4 org....Aku redha jika benar ini dugaan yg ALLAH berikan padaku....Sehingga terdetik dihatiku jika aku ditakdirkan bermadu maka aku doakan suamiku bertemu dgn seorg isteri yg soleh dan solehah yg bisa menjadi teman pengasih buat suamiku....Aku sayangi suamiku lebih dari segalanya maka sebagai manusia yg mula memahami maksud kata-kata ALLAH....Aku redha jika ia benar takdirku...Aku sedia seandainya itu lah suratanku...Aku tidak perlu takut lagi......Aku tdk perlu takut kehilangan kerana aku tahu kasih syg yg kekal dunia akhirat ialah kasih sayangMU YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM......Aku mengasihi suamiku sepatutnya...aku tdk mahu memiliki dia seperti aku punyai barang yg aku suka...kerana itu kini hatiku terbuka untuk menerima apa shj...Aku syukur kerana ALLAH telah sampaikan kefahaman ini padaku...Tanpa kefahaman ini sudah pasti aku masih memikirkan "suamiku hanya milikku"
Seperti mana suatu hari nanti kita terpaksa berkongsi anak2 kita dgn suami dan isteri mereka, berkongsi taktala tuntutan tugas mereka malah aku berkongsi mereka dgn ALLAH yang satu.....Siapa aku untuk memiliki semua yg aku sayang sedangkan ada kuasa yg lebih besar memiliki semua umat dimuka bumi tapi masih mahu berkongsi kasih sayang tanpa mengira darjat , atau harta....
Aku sedar....YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM....Bahawasanya....kasih sayang itu lebih bermakna jika aku redha melepaskan tanggapan pemilikkanku pada benda yg aku kasihi...Pengorbanan itu rahsia hatiku....Bakti ku itu amalanku....Cinta kasihku pada KAU YANG SATU....
YA ALLAH moga rumahtangga ku ini kekal sehingga KAU menjemput aku pergi....Aku tidak gentar YA ALLAH jika benar itu suratanku...Aku terima dgn penuh ketabahan dan keimanan.......Walaupun bukan mudah untuk aku korbankan kemahuan nasu pemilikanku tapi aku yakin aku bisa melakukannya melalui semangat dan cahaya yg kau berikan padaku....
AMIN.....
P/S : to my dear hubby, I love u the way u are...I love u the way that u are created to be...
I love u with all my heart,,,Insyallah if GOD created more than one wife for you...i willing to share your love wihout any regret...amin..May god bless u and fulfill all ur dreams..HAPPY 10TH aniversary
wahh musim Apple
-
hormon ku berubah lagi kali ni..
musim APPLE lak..
BERTUKAR
dari strawberry ke Apple
hehehehe
ni ler bebarang rumah yang telah bertukar perisa huhuhuhu
u...
1 hour ago


3 comments:
kak leen..
selamat u/tahaun perkahwinan yg ke 10 ..seri doakan akak bahagia didunia n akhirat..amien..senyum sokmo ye :)
'ya Allah jgnlah engkau melebihkan kasih sygku pdmu, melebihi kasih syg ku kpd org yg aku sayang'...itu doa kita tiap2 hari...sakit bila kehilangan org tersayang !!
happy 1oth. an'sary...mmuuahh
happy anniversary sis lin! Semoga perkahwinan akak diberkati Allah.. Aminn :)
Post a Comment